Kempen Jom Beraya, Jom Menyimpan 2021 adalah kempen khas bagi pendeposit yang membuat simpanan SSPN di dalam tempoh musim perayaan Aidilfitri. Kempen ini terbahagi kepada 2 peringkat :-
- Peringkat Negeri
- Peringkat Nasional
Tempoh kempen ini bermula pada 1 Mei 2021 sehingga 31 Mei 2021.
Syarat-syarat untuk menyertai kempen ini adalah:-
- Terbuka kepada pendeposit SSPN;
- Kempen ini TIDAK LAYAK disertai oleh kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (merangkumi pasangan dan anak-anak);
- Pendeposit perlu membuka akaun atau membuat penambahan simpanan dalam tempoh kempen;
- Bilangan cabutan mengikut simpanan bersih yang dibuat oleh pendeposit SSPN;
- Pendeposit perlu memastikan akaun kekal aktif (akaun tidak ditutup) sehingga tarikh cabutan.
Nilai simpanan bersih mengikut kategori adalah seperti berikut:
Kategori | Simpanan Bersih | |
---|---|---|
Peringkat Negeri* | RM 100 bersamaan dengan satu (1) cabutan | |
Peringkat Nasional | RM 300 bersamaan dengan satu (1) cabutan |
* Penentuan kelayakan cabutan Peringkat Negeri adalah berdasarkan alamat surat- menyurat pada akaun yang terakhir dibuka oleh pendeposit.
Pendeposit perlu membuat simpanan bersih sekurang-kurangnya RM300 di dalam tempoh kempen bagi melayakkan cabutan Peringkat Negeri dan Peringkat Nasional
a) Peringkat Negeri
Hadiah | Bilangan Hadiah | |
---|---|---|
Pertama | Duit Raya bernilai RM5,000 | 1×14 Negeri |
Kedua | Duit Raya bernilai RM3,000 | 1×14 Negeri |
Ketiga | Duit Raya bernilai RM500 | 1×14 Negeri |
Saguhati | Duit Raya bernilai RM100 | 22×14 Negeri |
b) Peringkat Nasional
Hadiah | Bilangan Hadiah | |
---|---|---|
Pertama | Duit Raya bernilai RM8,000 | 1 |
Kedua | Duit Raya bernilai RM6,000 | 1 |
Ketiga | Duit Raya bernilai RM4,000 | 1 |
Saguhati | Duit Raya bernilai RM200 | 147 |
Pendeposit boleh membuat penambahan simpanan secara online dengan melayari www.daftarsspni.com, di kaunter cawangan PTPTN atau melalui ejen-ejen sah yang telah dilantik
Hadiah yang dimenangi akan dikreditkan ke dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh cabutan. Sekiranya pemenang tidak mempunyai akaun SSPN-i, pembukaan akaun akan dibuat berdasarkan kepada butiran akaun di SSPN-i Plus
Tidak layak, ini adalah kerana hadiah yang dimenangi pendeposit tidak diambil kira sebagai sebahagian daripada potongan yang layak dituntut oleh pendeposit. Potongan yang dituntut adalah terhad kepada amaun tabungan bersih (jumlah caruman pendeposit) di dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) yang dilakukan oleh seseorang individu yang terhad kepada RM8,000 di dalam sesuatu tahun sahaja.
Pendeposit boleh menyemak penyata simpanan di Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my, atau menghubungi talian Careline 03-21933000 untuk info lanjut.