Apa Itu Akaun SSPN?

SSPN merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi.

 

SSPN Plus ditambahbaik daripada SSPN Prime sedia ada dengan perlindungan takaful yang murah dan komprehensif. SSPN Plus mengguna pakai konsep simpanan bulanan dan jumlah simpanan adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

 

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) telah mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN) empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2019 iaitu SSPN Prime dan SSPN Plus.

 

Soal & Jawab Tentang SSPN Plus

SSPN-i Plus merupakan satu skim atau pelan simpanan yang direka oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk penabungan bagi tujuan pendidikan tinggi. SSPN-i Plus ditambahbaik daripada SSPN-i sedia ada dengan bayaran sumbangan takaful yang murah dan perlindungan yang komprehensif.

SSPN-i Plus mengguna pakai konsep simpanan dengan komitmen bulanan dan jumlah simpanan dan bayaran sumbangan takaful adalah bergantung kepada pakej yang dipilih.

Ya. Pelan simpanan ini adalah patuh syariah yang menggunakan konsep Wakalah Bil Istithmar bagi simpanan SSPN-i Plus iaitu kontrak wakil dan kontrak pelaburan. Manakala bagi skim takaful pula menggunakan konsep Iltizam Bil Al Tabarru. Produk ini telah mendapat pengesahan syariah oleh Islamic Banking and Financial Institution of Malaysia (IBFIM).

SSPN-i Plus menawarkan enam (6) pakej pilihan dengan komitmen terendah sebanyak RM30 sebulan. Pakej yang ditawarkan adalah seperti jadual:

Jadual: Pakej Yang Ditawarkan Dalam SSPN-i Plus

PAKEJINTANDELIMATOPASZAMRUDNILAMBERLIAN
Simpanan SSPN-iRM20RM40RM90RM180RM270RM200
Sumbangan TakafulRM10RM10RM10RM20RM30RM300
Jumlah Komitmen BulananRM30RM50RM100RM200RM300RM500

SSPN-i Plus mempunyai pelbagai keistimewaan iaitu:

  1. Patuh syariah.

  2. Pelepasan taksiran cukai ke atas simpanan bersih tahun semasa sehingga RM12,000.00 setahun.

  3. Komitmen serendah RM 30.00 sebulan.

  4. Manfaat bagi kematian/ keilatan kekal( kemalangan) sehingga RM1,000,000.00.

  5. Tiada pemeriksaan kesihatan.

  6. Kadar dividen yang kompetitif dan dikecualikan daripada cukai pendapatan.

  7. Khairat kematian termasuk pasangan dan maksimum 3 orang anak.

  8. Manfaat takaful bagi 36 penyakit kritikal.

  9. Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.

  10. Layak memohon pinjaman PTPTN.

  11. Perlindungan 24 jam di seluruh dunia.

  12. Simpanan dijamin kerajaan.

Manfaat takaful mengikut pakej adalah seperti jadual:

Jadual: Pakej Simpanan Dan Manfaat Takaful SSPN-i Plus

PAKEJINTANDELIMATOPASZAMRUDNILAMBERLIAN*
Simpanan SSPN-iRM20RM40RM90RM180RM270RM200
Sumbangan TakafulRM10RM10RM10RM20RM30RM300
Jumlah Komitmen BulananRM30RM50RM100RM200RM300RM500
MANFAAT TAKAFUL
Kematian/Keilatan Kekal & Menyeluruh (Kemalangan)RM40,000RM40,000RM40,000RM80,000RM120,000RM1,000,000
Kematian/ Keilatan Kekal & Menyeluruh (Biasa)RM20,000RM20,000RM20,000RM40,000RM60,000RM500,000
Keilatan Kekal & Sebahagian (Biasa dan Kemalangan)TiadaTiadaTiadaTiadaTiadaRM100,000
36 Penyakit Kritikal (Bayaran manfaat dipercepatkan)RM10,000RM10,000RM10,000RM20,000RM30,000RM100,000
Elaun Kemasukan Hospital/ hari**RM20RM20RM20RM40RM60RM200
Khairat Kematian Pendeposit, Pasangan (yang pertama & sah sahaja) dan anak

RM2,500 (Pendeposit dan pasangan)

RM2,500

RM1,000 (setiap anak – maksimum 3 orang anak sahaja)

RM18,000 (pendeposit)

RM9,000 (pasangan)

RM2,000 (setiap anak – maksimum 3 orang anak)

Nota:

* Pakej Berlian adalah terhad kepada 2 akaun sahaja bagi seorang pendeposit atau perlindungan takaful maksimum sebanyak RM2,000,000.

Isteri:

  1. Sah dan diiktiraf
  2. 18 tahun sehingga 65 tahun
  3. Jika mempunyai lebih dari satu isteri yang mana mati dulu

Isteri:

  1. 3 orang anak
  2. Anak sendiri
  3. Anak angkat mesti berdaftar di JPN

Perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i adalah seperti jadual:

PerkaraSSPN-i Plus (SSPN-i + Takaful)SSPN-i
Komitmen MinimumSerendah RM30/ sebulan.Tiada
Sumbangan TakafulSerendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih.Percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan keatas)
Manfaat TakafulManfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000.Manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit).
Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit).
Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.Tiada
Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.Tiada
Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.Tiada
Khairat kematian mengikut pakej:
  1. Pendeposit – sehingga RM18,000,
  2. Pasangan – sehingga RM9,000, dan
  3. 3 anak – sehingga RM2,000 seorang.
Khairat kematian bagi:
  1. Pendeposit – RM2,000, dan
  2. Penerima manfaat – RM500
Pelepasan Taksiran Cukai Pendapatan
  1. Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
  2. Menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa.
  1. Sehingga RM6,000 setahun berdasarkan simpanan bersih SSPN-i dan SSPN-i Plus tahun semasa.
  2. Tiada
Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT)TiadaSehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.
Syarat Pembukaan AkaunMana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
  • Diri sendiri
  • Anak sendiri, dan
  • Anak jagaan yang sah.
Mana-mana warganegara Malaysia boleh membuka akaun untuk:
  • Diri sendiri
  • Anak sendiri
  • Anak jagaan yang sah
  • Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun

Semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun sehingga mencapai umur 64 tahun layak membuka akaun untuk diri sendiri dan boleh membuka akaun untuk anak atau anak jagaan yang sah (mestilah juga warganegara Malaysia) yang berumur 1 hari sehingga sebelum mencapai umur 29 tahun.

Tiada sebarang pemeriksaan kesihatan atau laporan perubatan diperlukan untuk membuka akaun ini. Walau bagaimanapun bagi Pakej Berlian, bakal pendeposit perlu menjawab tiga soalan kesihatan yang terdapat pada borang pembukaan akaun. Jika terdapat jawapan YA bagi salah satu soalan, bakal pendeposit TIDAK LAYAK menyertai Pakej Berlian dan dinasihatkan untuk menyertai pakej yang lain.

Boleh tetapi bagi Pakej Intan, Delima, Topas, Zamrud dan Nilam sahaja (tertakluk kepada terma dan syarat).

Ya, jumlah tuntutan bagi manfaat kematian biasa akan ditolak daripada tuntutan bagi penyakit kritikal. Namun begitu tuntutan bagi manfaat kematian disebabkan kemalangan tidak akan berkurangan walaupun pendeposit telah membuat tuntutan bagi manfaat penyakit kritikal.

Tidak. Pendeposit tidak akan menerima apa-apa penentusahan keahlian daripada PTPTN tetapi pihak pengendali takaful akan menghantar Sijil Takaful (Certificate Schedule) secara pos atau emel kepada pendeposit dalam tempoh 30 hari (sebulan) dari tarikh pembukaaan akaun.

Boleh. Pendeposit yang telah mempunyai akaun SSPN-i boleh membuka akaun SSPN-i Plus tanpa perlu menutup akaun SSPN-i.

Tidak boleh. Pendeposit yang membuka akaun untuk diri sendiri hanya boleh mempunyai satu akaun sahaja dengan mana-mana pakej. Walau bagaimanapun, seseorang pendeposit boleh membuka banyak akaun untuk penerima manfaat yang berlainan (anak/ anak jagaan yang sah sahaja) bagi pakej yang sama atau berlainan, kecuali untuk pakej Berlian (hanya terhad kepada dua (2) akaun untuk seorang pendeposit atau perlindungan kematian/ ilat kekal (kemalangan) maksimum sebanyak RM2,000,000).

Ya. Penerima manfaat boleh mempunyai lebih dari satu akaun tetapi pembukaan akaun mestilah dibuat oleh pendeposit yang berbeza sama ada akaun dibuka untuk diri sendiri, dibuka oleh ibu atau dibuka oleh bapa atau dibuka oleh penjaga yang sah. Ini bermakna setiap penerima manfaat hanya boleh mempunyai maksimum dua (2) akaun sahaja.

Kemudahan saluran simpanan yang disediakan adalah seperti jadual:

Saluran SimpananCaj

Kaunter PTPTN

  • Secara tunai
  • Kad kredit
  • Kad debit
  • Kad ATM
Tiada

Potongan Gaji

  • Awam (JANM)
  • Swasta (Agensi)
Tiada

Auto Debit

  • Bank Islam (BIMB)
  • Maybank
  • RHB Bank
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional (BSN)

 

  • Tiada
  • Tiada
  • RM0.53 per transaksi
  • Tiada
  • RM1.00 untuk pendaftaran (sekali sahaja). RM0.53 per transaksi

Perbankan Internet

  • Maybank2u
  • CIMB Clicks
Tiada

JomPay

  • Klik di sini untuk 40 bank terlibat.
Tiada

SSPN-i Plus online

Tiada

Direct Debit

  • Klik di sini untuk Senarai Bank yang terlibat
Tiada

Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas tiga (3) tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh tiga (3) tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.

Sekiranya tiada sebarang bayaran diterima selepas tempoh ihsan, maka akaun akan ditutup serta-merta.

Tidak boleh. Apabila penerima manfaat telah mencapai had umur yang ditetapkan, akaun akan ditutup secara automatik. Penerima manfaat hendaklah membuka akaun untuk diri sendiri sekiranya ingin meneruskan penabungan.

Sekiranya pendeposit bercadang menukar pakej yang lain, beliau hendaklah menutup akaun sedia ada terlebih dahulu dan membuka akaun yang baharu.

Tidak. Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan pendeposit akan menerima Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan yang baharu.

Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit. Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian

Tidak. Pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih bagi SSPN-i Plus dan SSPN-i hanya diberikan sehingga RM6,000. Walau bagaimanapun bagi akaun SSPN-i Plus, pendeposit boleh menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas sumbangan takaful yang dibayar kepada pengendali takaful sebanyak RM6,000, di bawah kategori pelepasan bagi insurans nyawa dan KWSP

Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.

  1. Stroke
  2. Heart Attack
  3. End Stage Kidney Failure
  4. Cancer
  5. Coronary Artery By-Pass Surgery
  6. Other Serious Coronary Artery Disease
  7. Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease
  8. End Stage Liver Failure
  9. Fulminant Viral Hepatitis
  10. Coma
  11. Benign Brain Tumor
  12. Paralysis/ Paraplegia
  13. Blindess/ Total Loss of Sight
  14. Deafness/Total Loss of Hearing
  15. Major Burns
  16. HIV Due to Blood Tranfusion
  17. End Stage Lung Disease
  18. Encephalitis
  1. Major Organ/ Bone Marrow Transplant
  2. Loss of Speech
  3. Brain Surgery
  4. Heart Valve Surgery
  5. Terminal Illness
  6. Bacterial Meningitis
  7. Major Head Trauma
  8. Chronic Aplastic Anaemia
  9. Motor Neurone Disease
  10. Parkinson Disease
  11. Alzheimer’s Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders
  12. Muscular Dystrophy
  13. Surgery to Aorta
  14. Multiple Sclerosis
  15. Primary Pulmonary Arterial Hypertension
  16. Medullary Cystic Disease
  17. Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus
  18. Eryhematosus with Lupus Nephritis

Manfaat takaful boleh dituntut serta-merta bagi kes kemalangan. Bagi kes selain daripada kemalangan, manfaat takaful akan dibayar selepas tamat tempoh menunggu seperti di jadual:

Jadual: Tempoh Menunggu Bagi Tuntutan Manfaat Takaful

ManfaatTempoh Menunggu
Kematian Akibat Kemalangan (semua pakej)
  • Perlindungan serta-merta.
Kematian Biasa (selain Pakej Berlian)
  • 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada*.
  • Perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada).
Kematian Biasa (Pakej Berlian)
  • 3 bulan bagi sebab-sebab semulajadi
Ilat Kekal Menyeluruh (selain Pakej Berlian)
  • 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada*.
  • Perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada).
Ilat Kekal dan Separa (Pakej Berlian sahaja)
  • 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada*.
Penyakit Kritikal
  • 30 hari (selain daripada penyakit sedia ada dan penyakit khusus).
  • 120 hari (penyakit khusus)
Manfaat Pendapatan Hospital
  • Akibat Kemalangan – serta-merta
  • Akibat Penyakit
    • 30 hari daripada tarikh kuat kuasa
    • 120 hari (penyakit khusus)

Manfaat takaful boleh dituntut serta-merta bagi kes kemalangan. Bagi kes selain daripada kemalangan, manfaat takaful akan dibayar selepas tamat tempoh menunggu seperti di jadual:

Jadual: Tempoh Menunggu Bagi Tuntutan Manfaat Takaful

Berikut adalah senarai penyakit khusus:

  1. Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular

  2. Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliary

  3. Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak

  4. Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele

  5. Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif

  6. Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut

Tidak. Jawatankuasa Syariah Pengendali Takaful telah memutuskan agar tiada manfaat dibayar atas sebab bunuh diri.

Ya, selagi anggota beruniform tidak terlibat secara langsung dalam tugasan peperangan/ rusuhan, rusuhan awam sama ada diisytihar atau tidak.

Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful.

Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja.

Bagi kes kematian pendeposit, kaedah pemulangan simpanan dan pembayaran manfaat takaful oleh pengendali takaful adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah simpanan atau manfaat yang kurang daripada RM3,000 – waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; atau

  2. Bagi jumlah simpanan atau manfaat takaful RM3,000 dan ke atas – Pengeluaran wang deposit dari akaun simati bagi baki semasa simpanan berjumlah RM3,000 dan ke atas (termasuk manfaat takaful dan dividen) dengan mengemukakan dokumen asal atau salinan:

    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau

    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau

    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Contohnya, bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM100,000. Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan seperti di Soalan 34.

Tidak. Elaun kemasukan hospital tidak terhad dalam Malaysia sahaja. Elaun juga layak dituntut bagi kemasukan hospital di luar negara selagi kunjungan tersebut bukan atas tujuan perubatan. Walau bagaimanapun, kemasukan hospital di Singapura dibayar bagi tujuan perubatan.

×

Hai, Sila masukkan KOD EKSEKUTIF 000003207 untuk buka akaun SSPN

Klik pada gambar di bawah untuk chat wasap dengan staf

× Chat Staf Aisyhah